Tuesday, May 20, 2014

Keimanan Yang Mandul

Iman bermaksud keyakinan yang teguh melalui membenarkan dengan hati, menakui dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Mandul? mungkin agak kebiasaan mendengar perkataan mandul dalam seharian hidup kita. Biasanya akan dikaitkan dengan sepasang suami isteri yang tidak mampu untuk mendapat zuriat.

Saya pernah perhatikan sepasang suami isteri yang tidak mampu untuk mendapatkan zuriat untuk kebahagiaan rumah tangga mereka. Namun begitu, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan anak. Justeru, mereka sanggup ke rumah anak yatim untuk mendapatkan anak yatim yang sanggup untuk dijadikan anak angkat.

Agaknya bagaimanakah jikalau iman kita yang mandul?


Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan- perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran). (Ibrahim 14: 24-25)






Satu analogi yang mudah untuk difahami. seseorang itu beriman kepada Allah. Secara tidak langsung, dia akan beriman kepada Rasul-Rasulnya. Seterusnya dia akan beriman kepada rukun-rukun iman yang lain.

mungkin ramai yang tidak perasan. Kepada yang perasan, saya ucapkan tahniah. Keimanan kepada Allah telah membuahkan keimanan yang lain. Dan apabila kita beriman kepada Allah, maka tanpa panjang bicara kita telah beriman kepada rukun islam yang lain.


Allah berfirman:

”Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan kepda Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan sebelum itu, dan barangsiapa yang kufur kepada Allah, dan malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir benar-benar ia telah sesat dengan kesetan yang jauh.” 
(QS. An-Nisa’ 136)

begitulah anak-anak kepada iman

dan bagaimana pula sekiranya iman kita mandul?

Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. 
(ibrahim 14 :26)

jika dibandingkan sebentar sahaja tadi, pokok itu tidak hidup, tambahan pula ia rapuh dan tidak bermakna. tanpa menghasilkan buah dan pucuk yang mampu menjalar ke langit.

Bagaimana pula dengan iman yang mandul? iman yang mandul adalah iman yang tidak mampu membuahkan amal yang lain. Mereka sudah cukup yakin bahawa iman mereka sudah kuat tanpa mereka sedari mereka banyak meninggalkan amal-amal yang lain.

seseorang itu mengaku dia beriman kepada Allah swt dan rukun iman yang lain.namun dia tidak mengaplikasikan kehidupan sebagai seorang mukmin dalam kehidupannya.Kita percaya bahawa Allaha akan mengira amal kita, tetapi kita tidak mampu menahan diri kita daripada melakukan dosa. Kita percaya bahawa Al-quran itu kalam Allah swt namun kita tidak mengamalkan dalam kehidupan.

itulah dia fenomena kemandulan iman. kita percaya, sekadar percaya ala kadar sahaja, tidak mampu memberikan pulangan yang baik kepada diri kita.

Ketika kita di zaman muda inilah, kita masih mempunyai masa dan semangat untuk melakukan perlbagai perkara dan kita yakin bahawa iman kita sudah mantap. Apabila rumah tangga dibina, kita akan mempunyai pelbagai alasan. dan tanpa disedari, iman kita akan berkurang sedikit demi sedikit. Ketka inilah kita mampu melihat iman kita di mana. Adakah iman kita mandul ataupun tidak.

sesungguhnya, keimanan itu hanya boleh dibuktikan apabila kita diuji. jika kita mampu melepasi ujian tersebut, maka hasilnya adalah buah dan sekiranya kita gagal dan putus asa maka sudah terang lagi bersuluh bahawa iman kita mandul.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
(al-ankabut 29:2)

apabila kita memahami hal ini, barulah terasa peritnya kita melihat manusia biasa yang tidak pernah duduk dalam suasana tarbiyah, yang tidak pernah mempunyai sahabat yang bertindak sebagai penggerak ummah, namun mampu istiqamah dalam beribadat, dan dalam pelajaran. Ketika itu, barulah terasa peritnya melihat kemandulan iman kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (ali imran 3: 31-32)

bagaimanakah iman kita?adakah kita masih menjaganya?Adakah kita masih menyiramnya? Adakah masih kita mengasahnya? Adakah kita berusaha untuk mempertingkatkan iman kita?
Ayuh lah kita beramal

Friday, May 16, 2014

Untuk Seorang Murabbi

"Nama ana ..... InsyaAllah ana akan jadi naqib enta"

Setiap daripada kita bersyukur dibawa untuk menyertai jalan dakwah ini. Tanpa murabbi atau naqib, siapalah kita. Namun ramai daripada kita apabila ditanya, "Apakah hadiah paling bermakna bagi kita", ramai yang akan menjawab

"Mendapat 4.0 dalam peperiksaan"


"Dapat sambung belajar ke oversea"

Namun jarang daripada kita menghargai kehadiran seorang murabbi dalam hidup kita. Mereka lah yang suatu dahulu berusaha untuk cuba memenangi hati kita, cuba menyelamatkan kita daripada api neraka, cuba menyelami masalah kita dan ada juga ada yang sanggup mencari penyelesaian kepada masalah kita. Ya. Aku juga begitu. Tatkala ada masalah, orang pertama yang aku cari adalah murabbi. Cuba tanya kepada mereka, apakah hadiah yang paling bermakna dalam hidup mereka.

"Hadiah yang paling bermakna dalam hidup ana adalah enta"

Senyum :)


__________________________

Ya, dialah seorang murabbimu meskipun,

kita hanya membaca mesej dia tanpa membalas
kita sering memberi alasan untuk tidak menghadiri liqo
kita kata "kalau dia takde pun takpe"
dia datang jauh beribu batu dan kita tidak mengendahkan dia

menjadi murabbi seperti dia memang impian ku.
kesabarannya,
ketenangannya,
keperihatinannya,
kasih sayang nya sebagai seorang murabbi

kerna setiap langkahnya, setiap wang nya, setiap keringatnya, perbicaraannya 
segalanya hanya berlegar-legar disekitar mutarabbi nya
disekitar dakwah dan tarbiyah seorang mutarabbi
dikorbankan tidurnya untuk berbincang dengan ikhwah demi mencari penyelesaian kepada permasalahannya

pekatnya cinta seorang Murabbi
kerana cintanya dihubungkan dengan keimanan.

Namun tidak ramai sedar akan kehadirannya.
__________________________

Mengenali murabbi sepertimu sangat menggugah jiwaku
Bahagia di Jalan dakwah ini bersama seorang Murabbi walaupun perit rintangannya
Seperti Musa dan Harun, 
aku ingin menjadi seorang yang mampu menguatkan kau di jalan dakwah.

Semoga setiap amalan ku di jalan dakwah ini sampai kepada kau.
Ya Allah aku bahagia bersama murabbi

Semoga terus tsabat
wahai 'ketenangan'ku
aku bahagia menemu sosok murabbi seperti dia
selamat hari murabbi


Saturday, May 10, 2014

Iman Yang Bersendirian

Bismillah

Assamualaikum...
Semoga pembaca sihat sentiasa.



Iman merupakan satu tunjang yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. tanpa iman, nescaya kita tidak akan mampu beriman kepada Allah. Membenarkan segala kata-kata Nabi. Namun kita tahu sifat iman itu ada naik ada yang turun. Tidak ada yang mampu mengekalkan iman dalam erti kata lain stati kerana hidup kita ini telah dideahkan kepada tarikan iman dan kebatilan. Sekiranya kita tidak mneyibukkan diri kita dengan perkara yang mampu menambahkan keimanan, nescaya kita akan disibukkan dengan perkara-perkara kebatilan.

Hakikatnya, manusia itu lemah bila bersendirian. Kesukaran dalam mengekalkan prestasi iman itu tatkala bila dia bersendirian. Kewujudan sahabat yang baik akan mengukuhkan kekuatan kita, akan mencampakkan sesuatu ketenangan dalam diri kita. Dalam sirah, kita melihat yang Musa meminta kepada Allah melantik Harun sebagai Rasul.

Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku"
surah taha ayat 29 dan 30

Nabi Musa tahu bahawa sahabatnya mampu menguatkan keimanan beliau.


"Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
al-qasas 35

Dan Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk mewujudkan biah solehah. Biah solehah itu sangat penting dalam pembentukan iman kita atau dalam pembentukan individu muslim ini. Macam mana kalau kita di luar biah solehah? Iman kita ini kita akan rasa down. Bila kita rasa macam tu, sepatutnya kita akan beramal lebih banyak.

Inilah cara untuk kita mengekalkan iman kita. Inilah cara yang kita ingin menunjukkan bahawa, yang betapa kita sebenarnya takut kepada Allah. Betapa kita mengharapkan iman yang lebih tinggi daripada keadaan kita sekarang.


Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
surah ibrahim 24-25


Iman yang mantap akan mampu menghasilkan amal yang banyak seperti mana dalam perumpamaan yang ditunjukkan Allah. dengan amal yang banyak, ia mampu menjadi bekalan di akhirat dan Allah kurniakan ganjaran syurga atas amal perbuatan kita.

Kata Fathi Yakan dalam buku Apa Erti Saya Menganut Islam, manusia ini terbahagi kepada 3 golongan
1) golongan yang menyangka dia akan hidup selamanya di dunia
2) golongan yang sesat. Dunia pun tidak, Akhirat pun tidak
3) golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat

 Jom sama-sama kita muhasabah kembali.

Tuesday, May 6, 2014

Dia yang tiada siapa-siapa punya Allah




Kesedaran adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan manusia.
Kesedaran, kewarasan, adalah apa yang akan mampu mengeluarkan manusia dari sebarang permasalahan. Daripada kesedaran akan datangnya ketenangan dan kekuatan.
Namun, tidak ramai manusia yang mampu mengekalkan kesedaran dan kewarasannya. Apatah lagi apabila gelombang mehnah dan tribulasi tidak henti-henti menghempasnya. Sampai satu saat, kesedaran dan kewarasan itu hilang, dan jatuhlah dia ke satu tempat yang rendah lagi hina. Tersesat dalam perjalanannya di atas dunia.
Tetapi wujud di dalam dunia ini, manusia yang dilambung mehnah dan tribulasi, namun kekal bertahan dan bertenang. Dia berjaya mengekalkan kesedaran dan kewarasannya.
Apakah rahsia mereka?
Rahsia mereka adalah, mereka menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka.

Pegangan terutuh
Mereka yang menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka, akan mempunyai pegangan terutuh, terkukuh. Hal ini kerana, pergantungan kepada Allah SWT mempunyai beberapa ciri pengekal ketenangan yang ampuh.
Berikut ciri-cirinya.

1 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Tidak Menzalimi Hamba-hambaNya.

Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, keyakinan bahawa Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya akan membuatkan hamba-hambaNya tabah melalui ujian dan cabaran, walau seberat mana pun ujian tersebut. Kerana mereka tahu, ujian dan cabaran itu, bukan tanda Allah sedang menzalimi mereka, bahkan ujian dan cabaran itu dipandang sebagai catalyst(pemangkin) agar diri mereka menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik. Kepercayaan ini membawa kepada kepercayaan – Apa-apa sahaja yang Allah beri itu adalah baik, walaupun nampak buruk buat kita.

“Dan tidaklah Allah itu mengkehendaki (untuk berlaku) zalim kepada hamba-hambaNya.” 
Surah Ghaafir ayat 31.

Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : 

“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim. Boleh didapati sebagai Hadith yang ke-24 di dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi.Nyatanya, ketenangan akan terus kekal apabila mempunyai kefahaman begini.

2 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Tidak Memungkiri JanjiNya.

Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, mereka percaya bahawa Allah itu Tidak Memungkiri JanjiNya. Allah SWT sudah berjanji bahawa kebaikan itu akan dibalas, walau sebesar zarah. Kejahatan itu akan dibalas walau sebesar zarah. Allah berjanji akan memberikan bantuan dan kemenangan. Dan Allah berjanji, tidak akan memungkiri janji-janjiNya ini.

“Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.” 
Surah Az-Zumar ayat 20.

Maka bagi yang percaya, dugaan dan cabaran akan dilalui dengan sabar dan tabah, menanti Allah SWT menunaikan janji-janjiNya. Dengan itu, ketenangan itu kekal.

3 – Wujud dalam kepercayaan kepada Allah bahawa Allah itu Amat Dekat Dengan Hamba-hambaNya.

Jelas bahawa, bagi yang mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT, mereka percaya bahawa Allah itu Amat Dekat dengan hamba-hambaNya. Justeru, mereka rasa kuat dan cekal dengan kepercayaan ini. Mereka tahu bahawa mereka tidak bersendiri. Mereka tahu bahawa Allah sedang menilai mereka. Mereka tahu Allah SWT sentiasa bersama mereka. Maka apakah mereka hendak meninggalkan Allah SWT dengan berputus asa?

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” 
Surah Al-Baqarah ayat 214.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
Surah Al Baqarah ayat 186

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya.” 
Surah Al Qaaf ayat 16

Ini juga mengekalkan ketenangan dan kewarasan. 
Lantas cabaran dan dugaan itu dilalui dengan tabah dan penuh kecekalan.
Dan banyak lagi sebenarnya. Namun tiga ciri ini adalah yang terutama, yang menyebabkan mereka yang menghadirkan Allah SWT dalam kehidupan mereka, kekal bertenang walaupun dalam kepayahan yang dilalui oleh mereka.

Tidak mahu percaya? Lihatlah mereka.
Kita mempunyai contoh-contoh yang sudah dipahatkan di dalam sejarah, untuk kita contohi dan ambil pengajaran.
Kisah 1
Lihatlah Rasulullah SAW, semasa peristiwa hijrah, saat baginda bersembunyi di dalam gua dan hampir ditemui. Abu Bakr RA ketika ini ketakutan dan gelabah, risau ditemui. Tetapi apakah sabda Rasulullah SAW ketika itu?

“Wahai Abu Bakr, apakah pandangan engkau sekiranya kita berdua ini, dan Allah adalah yang ketiganya?”

Terus sahaja kegusaran di dalam jiwa Abu Bakr itu lenyap. Dan lihatlah bagaimana tenangnya Rasulullah SAW. Kerana apa? Kerana baginda menghadirkan Allah SWT dalam kehidupannya.

Kisah 2
Ketika Musa AS terhimpit antara laut dan tentera Firaun yang mengejar dia dan Bani Israel yang dipimpinnya, dia kekal bertenang. Walaupun pada saat itu Bani Israel kucar-kacir ketakutan, bahkan ada yang mencadangkan agar mereka menyerah diri kepada Firaun.

“Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.” 
Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61.

Tetapi apakah kata-kata Musa AS pada ketika itu?

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk.” 
Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.

Kisah 3
Ketika Yusuf AS dihimpit oleh imra’ah aziz(yang sering kita kenali sebagai Zulaikha), yang ingin menggodanya untuk melakukan hubungan terlarang, Yusuf AS kekal bertenang dan tidak jatuh kewarasannya. Dia tidak pula menerkam Zulaikha mengikut nafsunya.

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: Marilah ke mari, aku bersedia untukmu. Yusuf menjawab: Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan Berjaya.” 
Surah Yusuf ayat 23.

Dan apabila dia dipenjara, akibat tidak mahu mengikuti nafsu Zulaikha, dia berkata:

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” 
Surah Yusuf ayat 33.

Nyatanya, terserlah ketenangannya itu. Langsung kewarasannya tidak hilang dengan ujian-ujian tersebut.
Sebab itu, hubungan dengan Allah SWT adalah kunci kepada ketenangan dan kewarasan, dalam menghasilkan kecekalan dan ketabahan merentas masalah kehidupan.

Namun permasalahan utamanya adalah…

Namun hari ini, Allah SWT itu tidak kita hadirkan dalam kehidupan kita. Kita sekadar beriman di atas kad pengenalan semata-mata. Ramainya sekadar memagarkan hubungan dengan Allah SWT di dalam masjid, dan saat-saat kemalangan, juga apabila berlaku kematian.
Inilah yang membuatkan manusia, kehilangan kewarasan diri apabila dilambung badai mehnah dan tribulasi. Bila ada masalah, ada yang kelar tangan bunuh diri. Bila ada masalah, ada yang jatuh tak bangkit kembali. Ini semua kerana, Allah SWT tidak dihadirkan dalam segenap kehidupan insani.
Sememangnya, orang-orang yang melupakan Allah SWT, dia akan Allah SWT lupakan.

“Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.” 
Surah At-Taubah ayat 67.

Penutup: Dia yang tidak punya siapa-siapa, ada Allah SWT

Sebab itu, kita perlu melihat semula akan perkara ini. Hal ini kerana, kesedaran dan kewarasan adalah satu perkara yang amat penting dalam mengekalkan ketabahan dan kecekalan kita. Ramai telah tersungkur dan gagal apabila dilambung ujian. Jangan kita pula yang menjadi yang seterusnya.
Mari. Ubat sudah berada di hadapan kita. Bahkan, selama ini memang penawar ini wujud bersama kita. Kita sahaja yang tidak mengambilnya.
Kita koreksi kembali hubungan kita dengan Allah SWT.
Dan menjadi manusia yang tabah dan cekal.
Hatta kalau nanti kita tiada siapa-siapa di sisi kita, kepercayaan bahawa wujudnya Allah bersama kita itu membuatkan kita mampu membelah segala cabaran dan dugaan di atas dunia. Hingga mampu menjejak syurgaNya.

Sunday, May 4, 2014

wahai orang beriman!

Bismillah...
Sebelum kita meneruskan, saya mengajak pembaca sama-sama membetulkan niat kita kembali agar apa yang nak disampaikan ini sampai ke hati.




Iman sering kali berhubung kait dengan amal. dan setiap perbuatan kita akan memberi impak kepada turun naik nya iman kita. Keimanan yang mantap akhirnya akan mampu melahirkan individu-individu yang berakhlak mulia.
kata imam al ghazali

akhlak adalah sesuatu unsur yang konkrit dalam diri kita. dengan nya akan lahir tingkah laku yang spontan.

Nah. kata-kata ini sangat menarik untuk direnung. andai kata kita berada dalam satu situasi yang di luar jangkaan kita, bagaimana dengan akhlak yang dipamerkan?

terdapat beberapa ujian yang boleh kita jalankan untuk mengesan diri kita, sejauh mana akhlak kita yang kita katakan diri kita ini beriman.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.
al-furqan 63


Bagaimana akhlak atau tingkah laku spontan kita bila mana kita diherdik? adakah kita akan terus menjauhi dia?

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri 
al-furqan 64


apakah kita sering bangun qiam? atau kita lebih selesa untuk menonton bola tanpa melakukan qiam?atau sebelum ini kita tidak pernah ambil tahu langsung?

tanpa amalan yang terjaga, tidak akan lahir orang-orang yang bertaqwa. tanpa akhlak yang baik, tidak berminatnya seseorang itu terhadap islam. oleh itu, ayuhlah kita sama-sama mula menitik beratkan akhlak dan amalan-amalan kita. semoga Allah meluruskan hati kita ini.

Saturday, May 3, 2014

Andai yang mati itu kita

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Pada hari ini kita masih diberi nikmat kehidupan, nikmat yang jarang sekali kita bersyukur.

semalam saya digemparkan dengan berita kematian ibu kepada ahli rumah saya. dalam kesibukan untuk menguruskan pemulangannya ke malaysia, sempat seketika saya bermuhasabah dengan segala yang berlaku.


 Andai yang mati itu adalah saya?


kita tidak tahu bila detik kematian kita.



Kullu nafsu zaikatul maut. 
setiap yang hidup pasti akan mati. 

setiap insan akan mati. entah esok? entah lusa? tiada siapa yang tahu. yang pasti adalah amalan yang akan di bawa.


Nabi muhammad SAW pernah bersabda, seseorang yang meninggal diikuti (dihantar) oleh tiga hal. Maka dua hal pulang dan tinggallah satu.Dia dihantar keluarganya, hartanya, dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya pulang dan tinggallah amalnya
 (hadis riwayat Bukhari)

Mati itu bukan pengakhiran,namun adalah permulaan kepada sebuah kehidupan baru. Apa yang perlu di titik berat adalah perihal persediaan kita. jangan lah kita menjadi golongan yang rugi. 

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)" 
(as-sajadah 23: 12-13)

jom sama-sama kita muhasabah diri. apa kah yang telah kita persiapkan untuk hari akhirat?

salam perkenalan

Bismillahhirrahmannirrahim..

Salam....
Selamat datang ke blog saya yg masih baru dan masih mentah...
Segala sokongan dan kritikan dari para pembaca amatlah dihargai dan diharapkan ego sebagai seorg manusia ini akan dilembutkan dan dapat menerima hakikat seadanya dan terus belajar mengenal dan memperbaik kelemahan dalam diri ini....

Setiap yg kita lakukan haruslah dimulakan dgn niat yg betul dan supaya akan mendapat hasil yg baik dan dipermudah segala urusan..

Seusai itulah saje post permulaan untuk kali ini..Bukanlah diri ini ingin menulis blog yg skema ataupun yg lagha, tetapi ingin dijadikan medium untuk memperbaik diri dan meluahkan perasaan serta mengumpul ilmu2 baru....

Salam..