Monday, August 4, 2014

Membidik rasa Mencuri hati

Bismillah.

Maaf atas kesibukan dan kesempitan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencoret selama mana yang mampu agar kata-kata ini mampu menembus ke dalam diri. Dalam kesempitan waktu, Allah mengurniakan ilham agar kata-kata ini mampu dicurahkan sebaik mungkin.

"Membidik rasa Mencuit hati..."

Agak cliche tajuk yang ligat bermain di dalam minda tatkala jari ini menari di atas papan kekunci. Ramai daripada kita yang sedar akan hakikat bahawa seorang daie itu haruslah memiliki kebolehan ini. Mampu membidik rasa yang berlegar di dalam mad'u nya dan juga mencuit hati manusia agar mampu kembali kepada fitrah seorang manusia kembali.




Tidak ramai yang mempunyai bakat ini untuk melakukan dakwah fardiyah. Membidik rasa berduka cita seorang mad'u itu tidak lah semudah yang disangka. Tatkala thiqah mula terpaut, ketika itu lah seorang daie mampu mencuit hati-hati mad'u agar hubungan fardhi mula terbina.

Bisikkanlah kalimah ketenangan ke dalam dada mereka. :)

_____________________________________________

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk
orang orang yang menyerah diri"

Fushilat:33

Menyeru manusia kepada Allah swt adalah suatu pekerjaan yang tidak ramai mampu memikul. Tatkala manusia lena dalam tidur, para daie itu tidak boleh berputus asa dengan usaha untuk menggerakkan mereka yang lena. Menjadi kewajipan seorang daie itu menggerakkan mereka yang lena dalam mimpi. dan ketika ini, sebarang usaha haruslah berhati-hati agar tidak menjadi halangan kepada seorang daie untuk membidik dada-dada mereka dengan kalimah Ilahi.
_____________________________________________


Kuatkan lah diri mu. 
Yakin lah janji tuhan bahawa ada syurga menanti mu di sana.
Setiap amalan itu pasti dibalas.

"Membidik rasa Mencuri hati..."